siDEBAB membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, February 26, 2011

Groom Side-04122010

salam sume,
hari nih genap 3 bln sy melayari bahtera perkahwinan..
baru terhegeh-hegeh mau update pasal majlis bertandang
bukannya ape, ikutkan hati mau saja tunggu gamabr dr OP..
tp,alangkah bznya suami sy.. hukhuk. jdik, xsempat nak ambil lagik gambar dr OP..
mcmne tuh?
nasib la OP tuh kwn die..
klu x, lame da kne baling ngn story board album. haha ;)
so, gambar nih kebykan dari adik kpd suami dan kwn adik suami.. mcmne tuh? lantak la ye.. asalkan sy da kredit nama mereka-mereka.. hehe

majlis bertandang telah berlangsung seminggu selepas majlis sy..
majlisnya sgt simple, tp meriah wehh..
seawal kul 8 pagi tau sy g make up kat butik kak gee
penat mmg penat, tp seronok..
majlis ini berlangsung di Trolak Timur, Perak...
jauh tuh jauh gak pd sape-sape yg baru pertama kali pergi, tp bile da selalu pergi, xde la jauh mane pun..
jom layannnn

Baju : design by Syahrir Nurdin,Shah Alam
tgk entri ini yee
baju nih di sponser atas kemenangan sy..
kredit tuk abg syahrir, sbb baju nih lawa sgt walaupun simple kan ;)

make-up : Rozie Bridal Ipoh



xtau la senyum kat sape nih.. huhu


outdoor kat sebelah rumah suami jekk






cantik kan air terjun kat trolak timur nih..
fuh, mmg mencabar btoi outdoor kali nih
siap bermandi-manda lgik tau
(sbb baju free)
haha..klu bju sewa, xdpt la nk nolongnyer ;)

dan akhir skali, laki bini duk berendam.. hahaha

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tadaa.. sejuk ooooo

Thursday, February 17, 2011

Pencuci Muka

Selamat ptg sume..
okeh..rmai ( xramai sgt laa ) tertanye-tanye saya memakai pencuci muka ape sbb muke nmpk cantikk jek.. pas tuh xde pun jerawat mawat nih...
adoi, tp kalau anda-anda semua tengok menggunakan kanta pembesar.. mesti terkejut berok punya.. sbb saya pun byk jerawat mawat nih....
okeh-okeh, lupe kan saja pasal jerawat saya..
meh nak stori sikit pasai pencuci muka yang saya pakai..
sebenarnya, dlu saya pkai pond's aje..
tetibe, bertukar arah plak ke Musatajab nih..
sbb ape? sebab model die BIENDA..
haha.. sbb nak cantik mcm BIENDA, saya pun try la sabun mustajab nih..
hasilnya. owhhhh..
sgt berkesan..
dan sampai sekarang tetap setia pada mustajab..




inilah set percubaan mustajab.. hanya rm39.00 j

see,muke saya!.. yang bertudung grey itulah saya!.. hehe

jadik, sapa-sapa yang nk try, try ajek la...
kompem sebijik mcm BIENDA.. hehe ;)

Tuesday, February 15, 2011

Kelahiran Muhammad Bin Abdullah

salam maulidur rasul buat semua buat umat Islam..
yipi-yipi!.. ari nih cuti seh..


okeh, saya mau kongsi sedikit ttg Kelahiran Nabi Muhammad
jom-jom bace


Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan, Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Siti Aminah binti Wahab, yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf. Keturunan ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab. Kesemua mereka daripada keturunan Ismail. Daripada sudut keturunan pun, Muhammad bin Abdullah adalah orang paling mulia dan paling bangsawan.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib. Abdul Muttalib membawa anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah. Selepas itu, mereka pulang ke Mekah. Semasa Siti Aminah mengandung, ayah Muhammad meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan lagi.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kepada Tuhan, "Aku berlindung kepada Tuhan yang Esa supaya diselamatkan anak ini daripada semua orang yang dengki." Kelahiran ini adalah pada hari isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

Banyak perkara yang pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan, salah satu daripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, "Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang ini muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan.

Apabila berita kelahiran ini sampai kepada Abdul Mutalib, beliau terlalu gembira. Apabila dia mendengar cerita-cerita tadi, dia bertambah gembira. Pada masa itu, Abdul Muttalib sudah menyebut anak ini akan mempunyai masa depan yang besar. Oleh kerana terlalu gembira, Abdul Muttalib terus membawa Muhammad ke dalam Kaabah sambil bersyukur kepada Tuhan.

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Pada suatu masa, Abdul Muttalib pernah mengembara ke negeri syam dengan tiga orang sahabatnya. Mereka bertemu dengan ulama Yahudi di Syam. Rahib ini bercerita kepada mereka, akan lahir seorang nabi di Mekah yang bernama Muhammad. Selepas itu, apabila pulang, keempat-empat mereka berazam menamakan anak mereka Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelaki daripada anak kesayangannya itu dengan nama Muhammad. Sebelum itu, orang-orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

Antara perkara pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad juga adalah bergegarnya Iwan Kisra iaitu istana Raja Farsi, kerajaan yang paling besar pada masa itu. Gegaran itu menyebabkan 14 anjung istana runtuh dan api yang sudah disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah terpadam sebelum ini terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan tasik yang bernama Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Farsi itu tertimbus.

Apabila kisra iaitu Raja Farsi melihat kejadian-kejadian pelik ini, dia menjadi sangat takut, lalu memanggil ahli-ahli nujum dan pendeta-pendetanya yang dapat berhubung dengan jin. Jin-jin sebelum kelahiran Muhammad boleh naik ke langit. Merekalah yang memberitahu berita-berita ini kepada pendeta-pendeta dan ahli-ahli nujum. Dari sinilah para pendeta dan ahli nujum membuat ramalan mereka.

Allah berkata dalam surah al-Jin ayat 9 yang bermaksud, "Kami para jin sebelum ini mempunyai tempat untuk mendengar berita di langit, barang siapa yang mencuri mendengar lagi sekarang akan dipanah." Ada antara pendeta ini yang menyebutkan para kisra, peristiwa ini berlaku kerana kelahiran seorang nabi.

Kisra bertanya maksud 14 anjung istana kisra yang runtuh. Mereka berkata, "Kerajaan Farsi akan diperintahkan oleh 14 orang kisra lagi selepas itu kerajaan Fasri akan jatuh." Kisra berkata, "14 orang kisra lagi memaparkan tempoh yang panjang, masih lama lagi, tidak perlu dirisaukan."

Selepas kematian kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa. Dalam masa empat tahun sahaja, 10 orang memerintah Farsi. Semua ini petanda kejatuhan kerajaan yang paling besar pada masa itu iaitu kerajaan Farsi. Inilah antara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad.



ehsan dari sini

Monday, February 14, 2011

Valentine-Kisah&Sejarah

Tarikh 14 Februari sering menjadi bualan dan dinanti-nantikan oleh pasangan remaja yang bercinta. Tanggal tersebut seoalahnya menjadi hari terbaik bagi mengungkapkan rasa kasih sayang antara pasangan kekasih. Amalan ini bagaikan sudah meresap dalam masyarakat kita hari ini. Media tempatan juga menjadikan hari Valentine sebagai satu perayaan yang perlu disambut dan diraikan pada setiap tahun. Pelbagai rancangan dan program diadakan bagi meyemarakkan hari Valentine ini.
Valentine dalam sejarahnya jelas berkait dengan budaya Kristian yang menyatakan Hari Valentine bermula dengan kisah kematian seorang Paderi yang digelar St. Valentine. St Valentine dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang diberi nama Raja Claudius pada 269 hingga 270 Masihi.

Kisah pembunuhan itu menyebabkan St. Valentine diabadikan sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dalam menghadap cubaan hidupnya. 14 Februari lantas diangkat oleh masyarakat Kristian sebagai upacara keagamaan dalam memperingati St. Valentine yang mati dibunuh.

Terdapat juga pendapat lain yang mengaitkannya Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia daripada gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Pendapat lain mengatakan Valentine ini dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat keempat pula menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Ken Swiger dalam artikelnya Should Biblical Christians Observe It? pula menjelaskan, kata "Valentine" berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud, "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan orang Romawi".

Tanpa disedari, ketika kita meminta orang menjadi 'to be my Valentine', bermaksud kita meminta orang menjadi 'Sang Maha Kuasa'. Perbuatan ini jelas membawa kepada perbuatan syirik dengan menyamakan makhluk dengan Allah. Selain itu, ikon si Cupid (bayi bersayap dengan panah) yang sering digunakan semasa hari Valentine adalah putra Nimrod "the hunter" iaitu dewa matahari.

Semangat Valentine ini jelas bertentangan dengan simbol-simbol syirik yang hanya membawa kepada rosaknya akhlak remaja. Perbuatan meraikan hari Valentine ini sememangnya bercanggah dengan syariat Islam kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama Kristian yang boleh merosakkan akhlak.

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." Hadis Direkodkan oleh Imam Abu Dawud.

Peniruan budaya barat ini yang jelas terpesong daripada akidah Islam ini salah di sisi agama Islam. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah dalam Surah Al-Kafirun, ayat 1 hingga 6 yang bermaksud, "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku."

Menyedihkan apabila terdapat segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati bagi mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya. Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syarak kerana ianya menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman Allah dalam Surah Al-Israa ayat 32 menjelaskan, "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan."

Sikap orang Islam terutamanya generasi muda berbangsa Melayu di Malaysia yang menyambut Hari Valentine hanya bertujuan untuk meniru budaya yang diambil dari barat. Bagi mereka budaya barat yang yang diamalkan mencerminkan corak hidup yang sesuai pada zaman yang serba moden ini. Maka, kita melihat generasi muda Melayu berebut-rebut mengamalkan gaya hidup orang barat seperti mentatu tubuh, mewarnakan rambut, memakai pakaian yang menjolok mata, mengamalkan pergaulan bebas, mengunjungi disko-disko yang dihidangkan minuman keras dan lain-lain lagi.

Islam sendiri memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dan sesama masyarakat boleh diterapkan setiap hari bagi mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah



**jadik, pada kamu-kamu semua Terutama Yang Beragama ISLAM, xpayah la mau bagi bunge ke, choc ke, candle light dinner ke time tarikh 14/2 nih..

awat tarikh 15hb, 16hb or sebgainyer xleh bg ke??

jadik, same-same la kite sedar diri ape makna Valentine nih yee..

ehsan dari pts



Saturday, February 12, 2011

Bbq Party ;)

salam sume, hehe.. entri kali nih nk off topic pasal wedding saya okeh!.
entri kali nih mau cite ttg bbq yang saya dan mr S buat..
sempena "housewarming" la konon-konon..
hehe,tp xde la besar sgt pun.
just sedara-mara yg dekat2, kwn2 yg dekat2..
bajet jemputan pun dalm 30++ org mcm tuh la..
sbb xcukup bajet!.. Hahaha..
bkn xnk buat besar-besaran.. cume, lum masenyer lgik kot..
ti ade bajet, ade time, InsyaAllah saya dan mr S akan wat yang besar-besar punyer yee
**leh jemput blogger-blogger rite? hehe
ok! kejadian nih da basi pun..
ade la seminggu lebih berlaku nyer
kiteorg buat pun time mlm CNY..
bru skrg terpikir nk update.. haha.. leh plak mcm tuh kan?
xpe la.. janji adoo..
xmo cite panjang la..
layan kan aje la gambar-gambar yang tah ape-ape di tangkapnyer..
hehe




mr S gigih memotong ikan pari tuk bbQ


adik ipaQ gigih membakar ayam,ikan dll


nih jek menu kami.. sikit aje ka..
yang duk senduk mkanan tuk sepupu saye!


sempat gak tgk jiran seblh rumah main mercun!..
yang die pasang nih mcm tanglong laa..
kepercayaan dieorg, if lagik tinggi bende nih naik, lagik ongg laa

baru nak naikk

see

wah.. tinggii kan..kan..
besar punye ong!!


huhu.. itu aje kot gambar-gambarnyer..
xsempat saya nak ambiknyer... bz kau!

Friday, February 11, 2011

Gambar Canvas

Salam jumaat sume..
moga hari ii lebih baik dari hari-hari yang lalu
okeh, entri kali ini nak cerita serba sedikit about The Canvas..
sekarang da macam trend kan..
klu pergi wedding sape-sape, mesti ade gambar canvas sebagai peganti "Banner".. **terutama wedding b2b

yla.. bile pikir2 blik, klu buat banner, nnt xterpkai balik..
skrg sume brg naik..
jdik kena la jimat cermat..
pasal canvas nih, leh jimat cermat.. sebab ape?? sbb nnt gambar tuh kite boleh pkai balik kan..kan..
leh la letak kat dinding rumah baru nnt.. hehe
mcm tuh la saya pikir dlu..
mmg niat nak buat banner.. tp, mcm xbest la plak..
sbb dlu abang saya kawen pun buat banner..last2 banner tuh duk simpan jek dlm stor..
x pun, banner tuh dijadikan alas ape-ape.. huhu

haaa,ikutkan perancangan saya, saya nk buat frame gambar yang BESAR PUNYEE..
tp, ape kan daya, bajet saya tidak mencukupi tuk buat itu frame.. huhu
so, saya pun dpt idea dari b2b jugak.. tgk blog-blog.. jln sne sini..
dan saya ade terjumpe blog yang membuat canvas..
harganya pun not bad... (saya mampu memilikinyer)
huhu

bile dah ade gambar canvas, mesti la kena ade art stand kan..
fuh, art stand paling2 murah saya jumpe ade la dalam rm100++..
tapi mcm xberbaloi kalau saya beli..
sbb nak pkai hanya beberapa jam shj..
nak sewa, ngak tahu sapa yang nak sewa kan..
so, nasibla the perfect canvas nih pun ade jual art stand yang hanya rm40..
wow.. berbaloi-baloi kan..

jadik, pd sapa-sapa nak wat frame ke, canvas ke, rancang betul-btul dan pastikan bajet anda sgt-sgt mencukupi yee ;)

meh layan cth gambar canvas yang saya tempah
tadaaaa






p/s: tq buat the perfect canvas sbb merealisasikan impian saya nk ade canvas mcm nih..
yeee.. leh gantung kat umah pasni kan.. ;)
pd sapa-sapa nak tempah, p lawat blog dieorg yee.. ;)

Thursday, February 10, 2011

The Hantaran

wit wit..
salam hari khamis..
ye ye, sok jumaat.. pas tuh sabtu & ahad.. cuti-cuti duk umah je kot!. hehe ade kot-kot plok
hehe
selamat pagi sume? da sarapan dah?
hope sume da kenyang ye..
sy pun da kenyang nih.. bru je pas sarapan.. ;)
okeh, entri kali nih mau cite pasal "The Hantaran"
hantaran nih sume sy DIY wif my m'cik kesygan sy..
tq m'cik sbb tlg deco bunge-bunge nih yee ;)
jom2 kite tgk gambarnyerr

Hantaran dari pengantin perempuan ke pengantin lelaki yee ;)
Hantaran dari pengantin lelaki ke pengantin perempuan sila tgk post ini
sbb sy x DIY the hantaran itu.. hehe ;)
oke-oke, jgn buang mase, jom cuci mata jek la yee ;)
Tema : Oren+Grey ( sbb baju ala-ala soft gold kan.. ;)


Sejadah

Tuala

sate tipu ;)
(yang nih sy deco ;).. mcm sate rite? tp bukan pun.. hehe ;) )

Minyak Wangi

Kasut

Jam Tangan Khas buat my Hubby

Baju Kemeja

cupcakes from my MOM
puzie gee ent

Seluar Jeans

Mini Drum
ingat lgik x entri ini

Tali Pinggang


The Hantaran..............


sgt-sgt puas hati sbb DIY sendiri kan..kan..
so, sape-sape nak tempah dr sy pun boleh..
hehe, promote-promote ;)

Wednesday, February 9, 2011

Pengapit Tegar

yipi-yipi.
opsss, Salam sume reader2 blog ini.. hehe
sejak boring-boring nih kan, rajin plak saya menaip ye..
bknnyer ape, sje mau menghilangkan kebosanan dihati ini..
hukhukhuk..
tambah-tambah lagik bile idea mau menaip ini mencurah-curah mcm paip bocor..
haha..
kali ini, mau update pasal "Pengapit"..
Pengapit saya perempuan
**hehe,ade ke pengantin perempuan pengapitnyer lelaki? ade kot kan..kan
dan yang penting, Pengapit saya ialah BFF saya! FullStop..
lama dah merancang mau amik BFF saya jadik pengapit..
tambah-tambah, BFF saya nih baru pertama kali menjadi Pengapit..
so,die kurang keyakinan jati diri.. haha..
mcm xyakin la kan cik ejan..
opss, sebelum saya berleter panjang, meh nak kenalkan diri dlu..
nama glemernyer cik sluck aka cik ejan..
masih single n available lagik tau!
cepat-cepat sapa mau meminang cik ejan? angkat kaki!.. haha.. gurau ajo

cik ejan nih sgtla peramah... walau mcmne die pun, dan walau mcmne saya skali pun, saya ttp syg cik ejan.. hehe.
jom layan gamabr-gambar saya bersama-sama cik ejan......


before majlis.. Pengantin makeup Pengapit!
ko ado?

peluk cium dlu sblm jadik bini org!.. haha

yipi-yipi.. Pengapit Lelaki nak mai dahh

sempat lagik gosip-gosip ngn cik ejan nih.
adoi.. huhu
















dannnnnnnnnnn.. ini la die cik ejan saya!.. comei kan..kan..

tq ye cik ejan sbb sudi menjadi pengapit saya pd majlis saya!.. sgt2 terharu sbb sudi menjadi Pengapit Tegar saya!..i love u lahhh..
sori tau if ade silap-silap yang x nampk nohhh..
p/s: buat cik ejan, xmo blanje saya makan ke? entri nih mmg khas utk kamu!..

Monday, February 7, 2011

sedetik lebih-by Anuar Zain

ermm.. boring lorh.. xtau nak bikin apo!
byk plok entri ari nih kan.. kan.. haha
sbb pe? sbb boring punye pasal la nih!

haaaa,da bln 2 da kan.. kejap ajoo
Alhamdulillah saya makin hepi n makin bertambah-tambah ketembaman di pipi ini..
hehe
erm, xsyok kan kalau sang suami kita xromantik mcm sang suami-suami yang lain..
alaaaa.. mcm cite-cite drama tuh..
cite "nigina la, cite rozanna la.." haip, apsal byk sgt cite nih rosyam nor berlakon nih? huhu.. tp, mmg pun, rosyam nor nih romantik kan..
untungnyerr la kan..
tp, saya pun patut bersyukur sbb mr S tidak romantik!.. haha.. sbb pe? sbb ti xde la die mengayat org lain..kan..kan.. haha
nk dijadikan cerita, saya saje je nak bermanje-manja ngn mr S..
mcm nih dialognyer :-

time nih saya otw nk g office, dgr plak HOTFM.. tgh putarkan lagu "by anuar zain" tuh..
trus saya sms mr S

"abg, dgr jap lagu kat HOTFM" mr S : lagu ape yang? saya: alaaa,lagu skrg nih.. sedap kan..kan.. mr S: ish... lagu apenyer? trus mr S call : lagu ape yang? haish.. abg xsuke la anuar zain nih!.. xkisah la lagu die nih sedap ke idak, tp mmg xsedap.. saya: haish.. abg nih x romantik la!

see, mr S mmg xromantik kan... klu tiap kali lagu sedetik ini ke udara, mesti die slowkan volume radio!. haaisshh.. menci la mr S nih..
soooo X romantik!

jadik, pd sape-sape punye suami mcm mr S saya, byk2 la bersabar.. mungkin mereka ade romantik yang lebih indah dari ini kan..
hehehe
jom layan aje lirik nih..

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

terlalu mendalam lirik nih kan..
**pd sapa-sapa yang paham..
mr S sy x paham! haahahaha
p/s: if mr S bce blog ini, jgn maraaa yee... hukhukhuk ;)

DIY

salam sume, n selamat hari Isnin
hehe..yla, bru pas cuti panjang kan.. mcmne cuti korang? best x?

okeh,sblm tuh, nk bgtau.. maafla if lame x update blog
sbb bkn mls, tp sekarang tenet kat skolah da kne potong
huk huk huk
jadik,masa utk mengupdate blog agak slow sikit
yela,klu update pkai line bb kan payah sikit..
dlu-dlu update pakai tenet kat skoalh jek.. sbb laju semacam jek..
nk post entri pun laju je.. nk upload gambar pun laju je
skrg,yg laju-laju sume da potong
tinggal yg slow-melow je..
so, harap reader-reader,peminat-peminat ( ade ke?hak hak hak ) sume byk2 bersabar ye
sy akan terus mgupdate blog..
cume slow sikit jek
okeh, berbalik pd tajuk entri "DIY"
mean DIY = Do It Yourself kan.. ( nih pd sape-sape yg samar-samar mksd DIY nih la kan )
byk jugak DIY yang saya dah buat time majlis saya dlu..
byk pun ade la dlm 10%..ngeh ngeh ngeh
janji ade kan..kan..
okeh, trend wed skrg byk yang buat Centerpieces.. ala-ala table number la la kan..
mcm-mcm jenis Centerpieces ade skrg nih..
time majlis sy dulu simple-simple jek.. nak tau? nak tgk?.. jom tgk


tada.. simple but nice
penat oo nk edit gambo pre-wed nih,pas tuh nk print lgik, nk tampal lgik. hukhukhuk..
time tuh mmg stress sgt2..


my Centerpieces
(setiap 1 meja tetamu ade tau ..mne la tau kot2 ade yg xnmpk pengantin, leh tgk je gambar kat sini kan.. )

salah satu gambar pre-wed.. ;)

coklat booth

guest book


tadaa.. gantung-gantung gambar pre-wed kat area sblm nk masuk rumah pengantin.. cantik x? cantik x?


hehe.. ade lagik x DIY sy? hurm.. gambar byk sgt lor.. ade kot.. ti sy tunjuk DIY my Hantaran plak yer.. tggu tau entri pasni.. ;) walaupun sy lambat updtae, kome-kome sume ttp kne tunggu yee ;)
okeh, bye2...
mau tidoo.. penat sgt kerja ari nih.. hukhukhuk ;(








Wednesday, February 2, 2011

Rozie Bridal Ipoh

salam, selamat menyambut Bulan Baru.
ye,ari nih kite da masuk ke bulan ke-2..
terlalu pantas kan masa berlalu
dan sudah 2 bln lebih juga sy telah mnjdi isteri org.. hehe

bln sudah sy tlh ceritakan serba sedikit ttg catering..
okeh,kali nih sy mau cerita ttg pakej perkahwinan yg sy amik @ butik pengantin lerr kan..

terlalu byk butik-butik pengantin yang ada di ipoh.. sampaikan sy pun pening kepala nak amik yg mana satu..
awal jugak sy servey2.. ade la dlm sekitar thn hjg thn 2009.. pening oo mau cr yg lebih terbaik di kalangan yg terbaik tau..
sume b2b & ex b2b dlu pun mcm saya kan..kan..
mau pengsan-pengsan bile dipikirkan.. hehe
oke,xmo berceloteh panjang.. sy teruskan misi sy amu cerita saja butik pengantin mne sy amik..
sy amik di jelapang..
tidak terlalu dekat dgn rumah sy, tidak terlalu jauh dgn rumah sy..sedang-sedang jek..
name butik nih dikenali sbg "ROZIE BRIDAL IPOH"
butik nih rsenyer belum wujud lgik blog.. tp, dlm FB ade..
klu nk kenal2 ngn ownwernyer, add FB sy, then cr je name "Rozelawati Ishak"..
klu nak tgk butiknyer, add je "Rozie Bridal Ipoh"
kan kak gee kan..hehe
kak gee nih sgt2 spoting
bkn memuji, tp itulah hakikatnya.. sy xknl lama. tp, bile berada dlm teamnya, mcm da bertahun2 kenal..
apa yang sy nak, ape yg sy merancnag, kak gee tlh merelisasikan impian sy..
sumpah, sy xtipu.. sy sgt2 berpuas hati dgn hasil kerja team kak gee.

saya ambil full pakej dr butik kak gee..
dari A-Z.. sbb sy xnk pikir2 terlalu byk vendor..
cukup la hanya 1

antara pakej yang sy ambil :

-Pelamin nikah
-Pelamin sanding
-Hiasan Bilik Tidur
-Baju sanding
-Baju persalinan (3X)
-Baju potong kek
-Make up (2X)
-Pintu Gerbang
-Arch
-Red Carpet
-Bunga Tgn Fresh Flower
-free inai lukis ( tp xamik pun sbb mr S x bag.. hukhukhuk)
ape lgik eh? nih je kot..

dan harga nya? haha.. sgt2 berbaloi.. xsmpai 3K kot..
sgt2 berbaloi kan..
yg menariknyer, design pelamin, sume design yg sy nk sendiri.. sy hnya bg gmbar,dan team kak gee ikut jek gambo.. hehe
dan baju sanding sy mmg ditempah khas ikut bdn sy tau..tau.. huk huk huk..
sgt syokk...

nak tgk gambarnyer?
jom2..


Pelamin Nikah

Pelamin Sanding
(bwh khemah)

Pengantin (hehe)


Arch & Red Carpet

Pintu Gerbang

Hiasan Bilik Tidur
simple but nice

Bunga Tangan Fresh Flower


Baju Sanding
(tema songket)

Baju Gaun & Blazer

Persalinan Jepun

Persalinan Korea

Persalinan India

ha.. amacam? menarik x pakej-pakej kat kak gee nih?
menarik bkn.. tq sgt2 buat kak gee..
sebelum nk akhiri entri kali nih,meh nk tunjuk sikit muke kak gee nih
jom sroll bwah

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


dari kiri: saya,kak gee ( berbaju oren , eija n yg kecik tuh anak die si fatin )


p/s: tq buat sahabat baik sy diana sbb memperkenalkan sy kat kak gee nih..
n kak gee,if u bce blog nih, sy berterima kasih byk2 ye sbb buat yg terbaik tuk majlis sy.

dan buat b2b & ex b2b yg singgah blog nih, jgn segan2 if nak ty ape-ape dgn sy. tinggalkan saje komen ye...
kite kan 1 Malaysia.. hehehe ;)


lgik satu, sok kan cuti panjang.. sbb CNY.. ( nk cuti-cuti kan mane eh?? )
Hepi CNY yee ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

There was an error in this gadget