siDEBAB membesar

Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, August 9, 2011

Juadah di Bulan Ramadhan



Assalam buat sume pengunjung blog ini..
Alhamdulillah da masuk 9 Ramadhan kan kite berpuasa..
dan alhamdulillah juga saya da 8 hari saya berpuasa penuh ( tq buat baby.. syg anak mummy nih )
tajuk entri kali nih, nak cerita juadah-juadah yang saya masak sendiri time bulan puase nih..
Al-maklumla.., tekak xde selera tgk makanan2 kat bazar ramadhan.. nak x nak, kene ler masak memasak nih..
nasib la mood memasak membuak2..
jom layan gamabr2 yang sempat saya snap menggunakan hp saya nih...



ikan cencaru goreng sumbat

cucur kurma

tauhu sumbat

iakn masak singgang

tauhu goreng cili


haaa.. tuh die juadah-juadahnyer..
sape-sape nak resepinyer, tinggalkan la email kat ruang komen..
InsyaAllah saya balas yee..
jadi,selamat berpuasa & menjamu selera mata ;)

Thursday, August 4, 2011

Petua-Petua

Assalam.. Alhamdulillah kita semua da masuk ke ramadhan yang ke -4.
dan Alhamdulillah jugak, mom-to-be mcm saya nih berpuasa penuh selama 3 hari yang lalu..
walaupun ade penat2 sikit, mcm nak bukak puase pun ade, tp saya tetap kuatkan semangat demi baby dlm perut nih.. kan baby kan..
okeh, entri kali nih nak kongsi sikit petua-petua yang berkaitan dengan kaum ibu..
jom layan.. mane tahu leh dpt info kan..
selamat membaca ;)


AIR MEMBANYAKKAN SUSU IBU


Minum air sebanyak mungkin untuk memastikan susu anda sentiasa ada dan banyak.



PENAWAR SELEPAS BERSALIN

Ambil segenggam daun lengkuas dan 2 inci halia, kemudian diketuk-ketuk sampai pecah. Rebus kedua-dua bahan untuk dijadikan air mandian, campur dengan air sejuk untuk menjadikannya panas suam-suam kuku. Gunakanlah air itu untuk mandi pada waktu pagi bagi ibu-ibu dalam pantang.



MUDAH BERSALIN


Amalkan makan buah kurma setiap hari sepanjang hamil dan selepas melahirkan. Selain membantu memudahkan proses melahirkan dan mengecutkan rahim, buah kurma dapat menambah tenaga.



BANYAKKAN SUSU

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin dan kekurangan susu. Untuk mengatasi masalah ini, rebus segenggam daun cekur manis atau daun asin-asin. Apabila masak, minum segelas air tersebut. Dengan hanya sekali minum sahaja, susu anda akan bertambah.



GARAM SEMBUH LUKA BERSALIN


Ambil 2 genggam garam besar dan masukkan dalam besen berisi air suam. Biarkan selama ½ jam rendam vagina dalam air tu. Dalam masa seminggu, luka anda akan pulih.



BENDIR LANCARKAN KELAHIRAN


Berita baik kepada penggemar bendir. Sewaktu menunggu tarikh jangka bersalin, makanlah bendir lebih kurang 10 biji sehari. Selain mempercepatkan proses bersalin, rasa sakit pun akan berkurangan.



info dari sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

There was an error in this gadget