Assalam.. Alhamdulillah kita semua da masuk ke ramadhan yang ke -4.
dan Alhamdulillah jugak, mom-to-be mcm saya nih berpuasa penuh selama 3 hari yang lalu..
walaupun ade penat2 sikit, mcm nak bukak puase pun ade, tp saya tetap kuatkan semangat demi baby dlm perut nih.. kan baby kan..
okeh, entri kali nih nak kongsi sikit petua-petua yang berkaitan dengan kaum ibu..
jom layan.. mane tahu leh dpt info kan..
selamat membaca ;)
AIR MEMBANYAKKAN SUSU IBU
Minum air sebanyak mungkin untuk memastikan susu anda sentiasa ada dan banyak.
PENAWAR SELEPAS BERSALIN
Ambil segenggam daun lengkuas dan 2 inci halia, kemudian diketuk-ketuk sampai pecah. Rebus kedua-dua bahan untuk dijadikan air mandian, campur dengan air sejuk untuk menjadikannya panas suam-suam kuku. Gunakanlah air itu untuk mandi pada waktu pagi bagi ibu-ibu dalam pantang.
MUDAH BERSALIN
Amalkan makan buah kurma setiap hari sepanjang hamil dan selepas melahirkan. Selain membantu memudahkan proses melahirkan dan mengecutkan rahim, buah kurma dapat menambah tenaga.
BANYAKKAN SUSU
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin dan kekurangan susu. Untuk mengatasi masalah ini, rebus segenggam daun cekur manis atau daun asin-asin. Apabila masak, minum segelas air tersebut. Dengan hanya sekali minum sahaja, susu anda akan bertambah.
GARAM SEMBUH LUKA BERSALIN
Ambil 2 genggam garam besar dan masukkan dalam besen berisi air suam. Biarkan selama ½ jam rendam vagina dalam air tu. Dalam masa seminggu, luka anda akan pulih.
BENDIR LANCARKAN KELAHIRAN
Berita baik kepada penggemar bendir. Sewaktu menunggu tarikh jangka bersalin, makanlah bendir lebih kurang 10 biji sehari. Selain mempercepatkan proses bersalin, rasa sakit pun akan berkurangan.
info dari sini